Isnin, 22 Ogos 2016

Khamis, 11 Ogos 2016

Hidup Ceria Tanpa Dadah

Dadah bukan sahaja masalah sekolah dan bukan juga hanya masalah setempat. Malah penyalahgunaan dadah juga bukanlah masalah sesuatu kaum semata-mata tetapi masalah yang turut melibatkan semua warganegara Malaysia.
Pendidikan Pencegahan Dadah diperkenalkan di semua sekolah di seluruh Malaysia untuk mendidik generasi muda iaitu pelajar sekolah supaya mengenali jenis-jenis dadah dan menjauhi diri daripada menggunakannya.
Di peringkat sekolah, semua aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar sememangnya mempunyai matlamat mendidik pelajar supaya mengamalkan kehidupan lebih sihat dan bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri mereka.
Sebagai contoh, aktiviti lasak seperti "rock-climbing". Individu yang terlibat dalam aktiviti ini mestilah mempunyai kekuatan fizikal dan kesungguhan mental yang tinggi. Hanya individu yang menjauhi dadah akan dapat terus menikmati aktiviti lasak sedemikian

Cari Blog Ini